Renungilah Wahai Saudara ku !!! Kisah Nyata Anak Durhaka: Kaki Dirantai Bumi dan Wajah Menjadi Babi

Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna.



Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.

Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.

Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup.

Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik.

Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil.

Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.

Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.



Halaman Selanjutnya =>

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Untuk Wanita Harap Waspada Jika Warna Darah Menstruasi Berubah-ubah, Ternyata Sangat Berbahaya, Ini Penjelasannya

Wow , 25 Tahun Berkiprah Di Bollywood, Penampilan Kajol Sekarang Bikin Pangling! Masih Ingat Wajahnya Dulu ??

Kota Samarinda Tadi Malam, Tragis Ditembak Calon Kekasih, Begini Nasib Gadis Kasir Indomaret....